PENDAHULUAN
Banyak isu moral dan persoalan akhlak melibatkan setiap lapisan masyarakat Islam yang berlaku di negara ini.
Antara isu-isu moral dan persoalan akhlak yang bertentangan dengan Islam dan norma masyarakat termasuklah isu buli.
Isu buli ini berkait rapat dengan faktor keagamaan. Ini kerana tahap keimanan yang tinggi dapat membezakan perbuatan baik dan buruk serta mampu memelihara diri daripada terlibat dengan isu tersebut.
Berikut adalah noktah penting bahawa buli sangat membahayakan dan perlu diperhatikan dalam kalangan masyarakat Islam.
HENDONISME
Perama, buli merupakan salah satu budaya Hedonisme. Hedonisme adalah teori etika Barat yang meletakkan keseronokan merupakan matlamat utama walaupun melanggar prinsip moral atau akhlak.
Hedonisme mengutamakan keseronokan yang berasaskan kepada penentuan akal fikiran semata-mata.
Budaya ini menepati kehendak Sekularisme yang ingin membebaskan manusia daripada unsur ketuhanan dan keagamaan.
Faktor penularan budaya Hedonisme berpunca daripada serangan pemikiran, globalisasi, media massa dan hiburan. Budaya Hedonisme yang merupakan cara hidup masyarakat Barat telah dipraktiskan dalam kehidupan harian masyarakat kita pada masa kini.