Bengkel Perancangan Strategik Pusat Islam UPM Bagi Tahun 2024 | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » Bengkel Perancangan Strategik Pusat Islam UPM bagi tahun 2024

Bengkel Perancangan Strategik Pusat Islam UPM bagi tahun 2024

Serdang, 10 Januari 2024- Telah diadakan bengkel Keperluan Perancangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi tahun 2024 oleh Pusat Islam UPM bertempat di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Bengkel ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan mengenai perancangan bagi tahun 2024 berhubung kepada 2 perkara iaitu Perancangan Strategik dan Taktikal PTJ dan Perancangan Kewangan PTJ.

Bengkel ini melibatkan Pegawai Pengurusan Pusat Islam dan semua ketua unit bagi setiap seksyen pengurusan Pusat Islam yang mana dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Islam UPM. Setiap pegawai bagi setiap seksyen membentangkan laporan perancangan program dan juga perancangan kewangan yang akan di gunakan bagi tahun 2024

 

Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 22/01/2024 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEdWAT~