MESYUARAT TASKFORCE PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KARIAH SERDANG (UPM) | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » MESYUARAT TASKFORCE PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KARIAH SERDANG (UPM)

MESYUARAT TASKFORCE PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KARIAH SERDANG (UPM)

SERDANG,4 JANUARI - Satu mesyuarat bagi Tanah Perkuburan Islam Kariah Serdang (UPM) telah diadakan pada 04 Januari 2023 yang di pengerusikan oleh Pengarah Pusat Islam UPM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Islam UPM
 
Mesyuarat ini dihadiri oleh Pusat Pertanian Putra, Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, Pejabat Pendaftar, Ahli Jawatankuasa Kariah Serdang(UPM), Sahabat Masjid dan juga beberapa pegawai yang terlibat.
 
Perkara disentuh dalam mesyuarat adalah berkenaan persempadanan kawasan dan tanggungjawab, penambahbaikan aktiviti dan pengurusan kawasan perkuburan Islam, usaha pengindahan dan kemudahan, serta perancangan kawasan tapak baharu bagi Tanah Perkuburan Islam Kariah Serdang (UPM).
Tanah Perkuburan Islam Kariah Serdang(UPM)
Tanah perkuburan yang diselia oleh JK Kariah Serdang buat masa ini membantu beberapa masjid di sekitar Serdang yang masih dalam usaha untuk mendapatkan tanah perkuburan masing-masing.

Tarikh Input: 06/01/2023 | Kemaskini: 06/01/2023 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEdUAs~