PROGRAM MASAK BUBUR ASYURA, BUBUR LAMBUK DAN DODOL MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » PROGRAM MASAK BUBUR ASYURA, BUBUR LAMBUK DAN DODOL MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROGRAM MASAK BUBUR ASYURA, BUBUR LAMBUK DAN DODOL MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MASJID UPM,13 OGOS- Jawatankuasa Masjid Jamek Qaryah Serdang (UPM) dengan kerjasama Pusat Islam Universiti,UPM, Persatuan Wanita Bestari Serdang dan Sahabat Masjid UPM telah mengadakan program masak bubur asyura,bubur lambuk dan dodol bertempat di perkarangan Masjid UPM.

Turut bersama dalam program ini adalah Ustaz Zuhaimi bin Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM merangkap Nazir Masjid Jamek Qaryah Serdang. Program ini di jalankan semula selepas negara menghadapi pandemik Covid-19 yang menghadkan pergerakan orang awam dari melakukan sebarang aktiviti.

Dengan adanya program seperti ini, warga kariah Serdang dapat bersama-sama bergotong royong menghidupkan kembali memasak bubur asyura dan di agihkan kepada staf dan orang awam.

 

Tarikh Input: 16/08/2022 | Kemaskini: 16/08/2022 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEdVAX~