Sambutan Yang Menggalakkan Dalam Karnival Mahabbah Masjid Tour 2023 | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» BERITA » Sambutan yang menggalakkan dalam Karnival Mahabbah Masjid Tour 2023

Sambutan yang menggalakkan dalam Karnival Mahabbah Masjid Tour 2023

SERDANG,07 Januari - Karnival yang julung kalinya di anjurkan di Masjid UPM dengan menampilkan pelbagai aktiviti dengan keterlibatan daripada pelajar-pelajar dari Universiti Putra Malaysia.
Karnival ini adalah anjuran bersama Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar, Pusat Islam Universiti,UPM dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen UPM (WAZAN) yang dijalankan selama 2 hari 1 malam bertempat di sekitar Masjid UPM dan Pusat Islam.
 
Selama 2 hari berkampung di Masjid UPM, antara aktiviti yang terdapat di sini ialah Forum Bicara Santai, derma darah, Bengkel dan pertandingan kaligrafi Khat, Klinik Al-fatihah, mencanting batik, pertandingan fotografi dan pelbagai lagi.
 
Karnival turut di hadiri oleh Naib Canselor UPM, Ybhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman dan Pendaftar UPM, Encik Muhazam Mansor untuk bersama-sama pelajar bagi menjayakan karnival ini.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Karnival Mahabbah Masjid UPM Tour 2023.

Tarikh Input: 09/01/2023 | Kemaskini: 09/01/2023 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEdWAz~