Serdang, 10 Januari 2024- Telah diadakan bengkel Keperluan Perancangan Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi tahun 2024 oleh Pusat Islam UPM bertempat di Putra Future Classroom, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Bengkel ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.
Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan mengenai perancangan bagi tahun 2024 berhubung kepada 2 perkara iaitu Perancangan Strategik dan Taktikal PTJ dan Perancangan Kewangan PTJ.
Bengkel ini melibatkan Pegawai Pengurusan Pusat Islam dan semua ketua unit bagi setiap seksyen pengurusan Pusat Islam yang mana dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Islam UPM. Setiap pegawai bagi setiap seksyen membentangkan laporan perancangan program dan juga perancangan kewangan yang akan di gunakan bagi tahun 2024
Date of Input: 22/01/2024 | Updated: 22/01/2024 | asmunir
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum