Pada hari Khamis 11 Oktober 2018, Pusat Islam UPM telah menerima Kunjungan Mahabbah dari Pusat Islam UTM Kuala Lumpur . Rombongan Pusat Islam UTM KL dianggotai oleh tiga belas (13) orang yang diketuai oleh Dr. Muhammad Fathi bin Yusof, Penolong Pengarah Pusat Islam UTM KL.
Majlis Kunjungan Mahabbah ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tn Hj Mat Razi bin Abdullah, Pengarah Pusat Islam UPM. Kemudian Tuan Pengarah memberikan taklimat mengenai Pusat Islam UPM. Ucapan balas disampaikan oleh wakil Pusat Islam UTM KL dan kemudian disusuli dengan sesi perbincangan dua hala. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada delegasi Pusat Islam UTM KL yang sudi membuat lawatan ke Pusat Islam UPM. Semoga hubungan dua hala ini dapat mengeratkan ukhuwah serta meningkatkan profesionalisme antara Pusat Islam UTM KL - Pusat Islam UPM
Date of Input: 15/10/2018 | Updated: 18/10/2018 | fahmi_mukhid
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum