Serdang, 14 Oktober - Persatuan Mahasiswa Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SBESA) dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA Pusat & MACMA Selangor), Pusat Islam UPM dan WAZAN UPM telah mengadakan program Halal Food and Mosque Activities (HFMA)2023 bertempat di Masjid UPM.
Tujuan Program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bukan Islam, muallaf dan juga pelajar Islam untuk memahami budaya Islam melalui ziarah masjid, konsep makanan halal, konsep pemakaian hijab dan penjelasan mengenai sistem institusi masjid di Malaysia.
Pelajar didedahkan dengan ceramah pengenalan yang di sampaikan oleh Ybhg. Profesor Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin di dewan Al-Khawirizmi,Pusat Islam UPM.
Turut hadir bersama Ustaz Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM.
Date of Input: 17/10/2023 | Updated: 17/10/2023 | asmunir
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum