BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI IMAM DAN BILAL ANJURAN PUSAT ISLAM UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI IMAM DAN BILAL ANJURAN PUSAT ISLAM UPM

BENGKEL PEMANTAPAN KOMPETENSI IMAM DAN BILAL ANJURAN PUSAT ISLAM UPM

Serdang, 21 September - Pusat Islam Universiti, UPM telah mengadakan Bengkel Pemantapan Kompetensi Imam dan Bilal bagi tahun 2023 bertempat di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan, UPM.
 
Seramai lebih 60 orang peserta telah mendaftar bagi menghadiri bengkel ini yang terdiri dari imam dan bilal surau atau masjid di pelbagai negeri. Bengkel ini dijalankan bermula seawal 8.00 pagi dan tamat pada 4.30 petang. Antara pembimbing bagi bengkel ini adalah Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, Ustaz Jamal Mohd Qurtubi Sulaiman Al-Hafiz dan Ustaz Azraie Abdul Hak.
Tujuan utama bengkel ini di adakan adalah untuk memantapkan lagi mutu bacaan al-Quran imam dan bilal menerusi penguasaan ilmu tajwid dengan lebih baik, melahirkan imam dan bilal yang mahir serta berpengetahuan berhubung Fiqh solat khususnya hukum-hukum berkaitan imam dan makmum. Peserta juga didedahkan dengan ilmu untuk meningkatkan lagi kemahiran pernafasan dalam melontarkan suara ketika azan atau membaca Al-Quran ketika menjadi imam atau bilal.
Turut hadir bersama adalah Pengarah Pusat Islam UPM, Ustaz Zuhaimi Abd Rahim. Peserta telah diberikan sijil penyertaan selepas bengkel tamat.

Date of Input: 24/09/2023 | Updated: 24/09/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcDAY~