Pusat Islam Universiti Bersama Malaysian Relief Agency (MRA) Menganjurkan Sambutan Hari Nuzul Al-Quran Masjid UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Pusat Islam Universiti bersama Malaysian Relief Agency (MRA) menganjurkan Sambutan Hari Nuzul Al-Quran Masjid UPM

Pusat Islam Universiti bersama Malaysian Relief Agency (MRA) menganjurkan Sambutan Hari Nuzul Al-Quran Masjid UPM

Serdang, 27 Mac - Pusat Islam Universiti bersama Malaysian Relief Agency (MRA) dan Yayasan Taqwa MAIWP dengan kerjasama Sahabat Masjid UPM, Rakan Siswa YADIM UPM dan Kelab Huffaz UPM telah menganjurkan Sambutan Hari Nuzul Al-Quran Masjid UPM yang bermula seawal 7.30 pagi.

Antara aktiviti yang di jalankan sepanjang hari Nuzul Al-Quran antaranya gotong royong memasak bubur lambuk,International Quranic Moment, Majlis Perasmian Hari Nuzul Al-Quran, Majlis Haflah & Tadabbur Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa & Solat Tarawih. Seramai lebih 800 orang yang yang hadir untuk berbuka puasa di Masjid UPM yang terdiri daripada kalangan pelajar, staf UPM dan penduduk sekitar Masjid UPM.

Majlis Perasmian Hari Nuzul Al-Quran Peringkat UPM di rasmikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),turut hadir bersama adalah Pengarah Pusat Islam Universiti, Ustaz Zuhaimi Abdul Rahim dan Presiden Malaysian Relief Agency (MRA) Ybhg. Dr. Mohd Daud Sulaiman.

 

Date of Input: 01/04/2024 | Updated: 01/04/2024 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEeEAR~