Bengkel Pengurusan Jenazah Siri 2/2023 Lanjutan Daripada Bengkel Siri Pertama 2022 | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Bengkel Pengurusan Jenazah Siri 2/2023 Lanjutan Daripada Bengkel Siri Pertama 2022

Bengkel Pengurusan Jenazah Siri 2/2023 Lanjutan Daripada Bengkel Siri Pertama 2022

Pusat Islam Universiti, UPM telah mengadakan Bengkel Pengurusan Jenazah Siri 2/2023 bertempat di Masjid UPM. Bengkel ini merupakan sambungan kepada bengkel siri pertama yang telah di jalankan pada tahun 2022.
Seramai 40 orang peserta telah mendaftar bagi menghadiri bengkel ini yang dijalankan selama 4 jam bermula seawal 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 tengahari. Tenaga pengajar bengkel adalah dari kalangan staf Pusat Islam sendiri seramai 3 orang dan seorang tenaga pengajar (pengurus jenazah) dari Masjid Riyadhus Solihin, Serdang Jaya.
Bengkel siri ke 2 ini memfokuskan kepada sesi praktikal sahaja seperti menyiapkan kelengkapan mengkafan, memandikan jenazah,mengkafan jenazah, dan mensolatkan jenazah. Bagi siri sebelum ini, hanya sesi teori sahaja yang di dedahkan kepada peserta.
 
Peserta diberikan taklimat oleh Pegawai Hal Ehwal Islam (Kanan), Ustaz Alzasha Illiyyin Zainal Alam sebelum peserta di agihkan kepada 4 kumpulan mengikut tenaga pengajar. Peserta diberikan sijil penyertaan seusai bengkel di tamatkan.

Date of Input: 23/06/2023 | Updated: 23/06/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcBAG~