Ceramah Perdana Maulidur Rasul Sempena Minggu Perkasa Putra Di Masjid UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Ceramah Perdana Maulidur Rasul Sempena Minggu Perkasa Putra di Masjid UPM

Ceramah Perdana Maulidur Rasul Sempena Minggu Perkasa Putra di Masjid UPM

Serdang,06 Oktober - Pusat Islam Universiti, UPM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah mengadakan Ceramah Perdana Maulidur Rasul  Sempena Minggu Perkasa Putra bertempat di Masjid UPM.

 

Ceramah yang disampaikan bertajuk " Andai Rasulullah Bersama Kita" dengan pengisian ceramah berkisarkan Sunnah, akhlah dan sirah Rasulullah SAW oleh Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi.

 

Dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang di alunkan oleh Ustaz Shahrizan. Selain kelebihan berselawat kepada junjungan Nabi SAW, antara pengisian lain ceramah adalah sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad SAW yang perlu diteladani umat Islam dan wajib di contohi sepanjang zaman.

 

Seramai lebih dari 1000 jemaah hadir terdiri daripada pelajar baharu kemasukan sesi 2023/2024 dan jemaah sekitar Masjid UPM.

 

Turut hadir bersama ialah Ybhg. Prof. Dr. Arifin bin Abdu, Timbalan Naib Canselor UPM (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Ustaz Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM dan pegawai-pegawai UPM.

 

 

 

Date of Input: 06/10/2023 | Updated: 06/10/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcHAC~