HALAQAH ILMIAH PUSAT ISLAM: FIQH KORBAN. | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » HALAQAH ILMIAH PUSAT ISLAM: FIQH KORBAN.

HALAQAH ILMIAH PUSAT ISLAM: FIQH KORBAN.

Alhamdulillah, pada hari ini (31 Julai 2019) Pusat Islam Universiti menganjurkan Halaqah Ilmiah Pusat Islam Universiti siri 4/2019: Fiqh Korban bertempat di Dewan Khawarizmi, Pusat Islam Universiti. Halaqah ini telah dihadiri seramai 70 orang peserta di kalangan warga UPM serta masyarakat sekitar Serdang. Perkongsian tentang fiqh korban telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Mohd Sukki bin Othman, Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM serta merupakan selebriti TV dan radio. Halaqah ini membahaskan tentang persediaan ilmu kita dalam menghadapi ibadah korban dengan lebih baik dan seterusnya menjadikan kita semua hamba-hamba Allah s.w.t yang bertaqwa. Semoga ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir.

Date of Input: 05/08/2019 | Updated: 10/09/2019 | izmalm.mr

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEeWAJ~