HALAQAH ILMIAH SIRI 2 : HAK-HAK WANITA DALAM KEKELUARGAAN ISLAM. | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » HALAQAH ILMIAH SIRI 2 : HAK-HAK WANITA DALAM KEKELUARGAAN ISLAM.

HALAQAH ILMIAH SIRI 2 : HAK-HAK WANITA DALAM KEKELUARGAAN ISLAM.

Serdang, 27 Julai - Program Halaqah Ilmiah Siri 2 yang bertajuk Hak-hak Wanita dalam Kekeluargaan Islam telah diadakan di Dewan Kuliah 2 (DKFEM)2, Blok D Fakulti Ekologi Manusia, UPM.
 
Program ini dianjurkan oleh Pusat Islam Universiti, UPM bermula dari 9:00 pagi hingga 11:30 pagi dengan kehadiran seramai lebih 100 peserta.
Program halaqah ini disampaikan oleh dua orang panel dan satu moderator yang arif mengenai undang-undang syariah dan berkaitan dengan hak wanita. Antara panel yang dijemput adalah Tuan Mohd Ihsan Mohd Daud dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Puan Nazirah Abu Bakar, Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup dan moderator yang dikenali ramai Ust Muhammad Luqman Hakim Othman atau dikenali dengan Daie Hakim.
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai hak-hak wanita dari segi undang-undang syariah dan kekeluargaan Islam. Para peserta mendapat input yang amat jelas sekiranya mempunyai masalah dan rujukan mana yang bersesuaian untuk disalurkan sekiranya masalah kekeluargaan tidak mendapat jalan penyelesaian.
Prinsip menghormati dan mengangkat hak serta martabat wanita telah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa : ” Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang“. Jelas, Perlembagaan Malaysia mengiktiraf semua golongan di Malaysia dan mendapat perlindungan yang sama rata tanpa membezakan antara agama,bangsa dan jantina seseorang.Di sudut Islam, martabat kaum wanita tidak pernah dipandang rendah.Tetapi perlu diingat bahawa Islam tidak pula menyamakan antara lelaki dan perempuan.Apa yang penting Islam menghormati kaum wanita dan mengangkatnya kepada darjat yang tinggi mengikut lunas-lunas Islam.
 
Cenderamata di sampaikan oleh Ustaz Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM kepada panel dan moderator seusai program tamat.

Date of Input: 27/07/2023 | Updated: 12/10/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEdAAE~