Hospital Sultan Abdul Aziz Shah,UPM Menjadi Tempat Pilihan Kursus Praperkahwinan Islam Siri 2/2023 Anjuran Pusat Islam UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Hospital Sultan Abdul Aziz Shah,UPM menjadi tempat pilihan Kursus Praperkahwinan Islam Siri 2/2023 anjuran Pusat Islam UPM

Hospital Sultan Abdul Aziz Shah,UPM menjadi tempat pilihan Kursus Praperkahwinan Islam Siri 2/2023 anjuran Pusat Islam UPM

Serdang, 17 September - Kursus Praperkahwinan Islam Siri 2 bagi tahun 2023 telah di anjurkan oleh Pusat Islam Universiti, UPM dan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dimana ia di jalankan selama 2 hari bertempat di Mini Teater, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah,UPM Serdang. Kursus ini adalah sambungan daripada siri pertama yang di jalankan pada bulan Januari 2023.
Kursus ini mendapat sambutan dengan pendaftaran seramai lebih 100 peserta dari kalangan pelajar dan juga staf UPM sendiri. Tujuh slot ceramah di wajibkan kepada peserta sebagai syarat untuk mendapat sijil disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Agama Islam Selangor dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta di sediakan sarapan dan makan tengahari bagi memudahkan peserta untuk rehat sementara menunggu slot ceramah yang seterusnya.
Sijil kursus praperkahwinan di berikan kepada semua peserta yang berjaya menghadiri kesemua slot ceramah yang di sampaikan sepanjang 2 hari kursus berlangsung.

Date of Input: 17/09/2023 | Updated: 17/09/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcCAA~