IBADAH KORBAN MASJID UPM PUPUK SEMANGAT KERJASAMA ANTARA WARGA UPM DAN KARIAH SERDANG | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » IBADAH KORBAN MASJID UPM PUPUK SEMANGAT KERJASAMA ANTARA WARGA UPM DAN KARIAH SERDANG

IBADAH KORBAN MASJID UPM PUPUK SEMANGAT KERJASAMA ANTARA WARGA UPM DAN KARIAH SERDANG

Serdang, 29 Jun – Program Ibadah korban bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah, malah menyuburkan semangat kerja berpasukan dan gotong royong dalam kalangan umat Islam terutamanya warga Universiti Putra Malaysia dan sekitar.
Sempena Hari Raya Eidul Adha 1444H, Masjid Universiti Putra Malaysia tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan bagi program tersebut sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran:
 
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2).
 
Program Ibadah Korban Masjid UPM yang di laksanakan adalah kerjasama Pusat Islam Universiti,UPM, Pesara UPM, Jawatankuasa Masjid Kariah Serdang(UPM) dan beberapa agensi yang lain.
Sebanyak 13 ekor lembu dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada golongan asnaf, Jemaah kariah Serdang, pelajar dan juga warga UPM.
Seramai 300 sukarelawan terdiri daripada orang awam sekitar UPM,kakitangan UPM dan pelajar turut hadir bagi sama-sama bergotong royong mengikut pembahagian tugasan bermula daripada menumbangkan lembu, melapah, memotong, menimbang daging, dan juga tugas-tugas memasak.
 
Program ini berakhir dengan sesi agihan daging kepada para peserta yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam merangkap Nazir Masjid UPM, Ustaz Zuhaimi Abd Rahim, dan jamuan makan tengahari.
 
Pusat Islam UPM turut merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan buat semua sukarelawan yang memberikan komitmen membantu sepanjang proses Ibadah Korban pada hari ini.

Date of Input: 02/07/2023 | Updated: 02/07/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcCA2~