KEJOHANAN BOWLING MASJID-MASJID DAERAH PETALING ERATKAN HUBUNGAN ANTARA MASJID | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » KEJOHANAN BOWLING MASJID-MASJID DAERAH PETALING ERATKAN HUBUNGAN ANTARA MASJID

KEJOHANAN BOWLING MASJID-MASJID DAERAH PETALING ERATKAN HUBUNGAN ANTARA MASJID

SHAH ALAM,22 Ogos - Kejohanan Bowling Masjid-masjid Daerah Petaling bagi tahun 2023 telah diadakan bertempat di Ole-ole Superbowl, Shah Alam. Kejohanan ini anjuran Unit Pengurusan Masjid, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.
Sebanyak 51 buah masjid sekitar daerah Petaling menghantar empat orang wakil dari setiap masjid untuk menyertai kejohanan ini. Masjid UPM juga tidak ketinggalan mewakilkan empat orang dari Jawatankuasa Masjid Kariah Serdang(UPM). Antara wakil Masjid UPM adalah Ustazah Siti Rohani Muhamad, Cik Siti Balqis Samid, Ahmad Taqiyuddin Wahi Anuar dan Mohd Imran Omar.
 
Kejohanan ini bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Kejohanan bowling Masjid-masjid Daerah Petaling telah dirasmikan oleh Y.A.D Dato Haji Emran Bin Haji Kadir.

Date of Input: 24/08/2023 | Updated: 24/08/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcDA3~