Alhamdulillah, pada 3 – 6 Disember 2018 yang lalu, Pusat Islam Universiti dengan kerjasama JK Kariah Serdang telah menganjurkan program Kem Syoknya Cuti Sekolah kepada anak-anak yang berumur 9-15 tahun. Antara aktiviti program ini adalah “Syoknya Matematik” dengan kiraan pantas, motivasi serta kemahiran diri (pengurusan jenazah dan memanah).
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung samada dari peringkat pengurusan, 'investor', promosi, urusetia, fasilitator, ibu bapa mahupun para peserta.
Semoga benih yang disemai hari ini tumbuh menjadi bekal yg baik buat kita di akhirat kelak.
Semoga silaturrahim yang terbina antara kita kekal dari generasi ke generasi.
Sirru ala baarakatillah..
Date of Input: 23/01/2019 | Updated: 24/01/2019 | fahmi_mukhid
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum