KUNJUNGAN MAHABBAH DARI PUSAT ISLAM UTM KUALA LUMPUR |
» NEWS » KUNJUNGAN MAHABBAH DARI PUSAT ISLAM UTM KUALA LUMPUR

KUNJUNGAN MAHABBAH DARI PUSAT ISLAM UTM KUALA LUMPUR

Pada hari Khamis 11 Oktober 2018, Pusat Islam UPM telah menerima Kunjungan Mahabbah dari Pusat Islam UTM Kuala Lumpur . Rombongan Pusat Islam UTM KL dianggotai oleh tiga belas (13) orang yang diketuai oleh Dr. Muhammad Fathi bin Yusof, Penolong Pengarah Pusat Islam UTM KL.

Majlis Kunjungan Mahabbah ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tn Hj Mat Razi bin Abdullah, Pengarah Pusat Islam UPM. Kemudian Tuan Pengarah memberikan taklimat mengenai Pusat Islam UPM. Ucapan balas disampaikan oleh wakil Pusat Islam UTM KL dan kemudian disusuli dengan sesi perbincangan dua hala. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada delegasi Pusat Islam UTM KL yang sudi membuat lawatan ke Pusat Islam UPM. Semoga hubungan dua hala ini dapat mengeratkan ukhuwah serta meningkatkan profesionalisme antara Pusat Islam UTM KL - Pusat Islam UPM

 

 

Date of Input: 15/10/2018 | Updated: 18/10/2018 | fahmi_mukhid

MEDIA SHARING


Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389468588
0389483742
C1542271582