KUNJUNGAN MAHABBAH PUSAT ISLAM UNIVERSITI,UPM DAN RAKAN STRATEGIK KE JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR. | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » KUNJUNGAN MAHABBAH PUSAT ISLAM UNIVERSITI,UPM DAN RAKAN STRATEGIK KE JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR.

KUNJUNGAN MAHABBAH PUSAT ISLAM UNIVERSITI,UPM DAN RAKAN STRATEGIK KE JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR.

Shah Alam , 17 November - Kunjungan mahabbah telah di jalankan oleh Pusat Islam UPM ke Pejabat Mufti Negeri Selangor bagi membentangkan cadangan proses pelaksanaan pelupusan Al-Quran usang dan kitab-kitab lama mengikut prosedur yang di tetapkan.
Delegasi yang mewakili Pusat Islam UPM ini diketuai oleh Encik Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam, Encik Alzasha Illiyyin Zainal Alam, Mohamad Alif Mursyid Husry, Prof. Dr. Hasfalina, Prof. Madya Dr. Zulkhairi, dan Dr. Syed Saifulazry. Kunjungan ini di sambut oleh Sahibus Samahah Ybhg. Dato’ Dr. Hj Anhar bin Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor di pejabat beliau.
 
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Pusat Islam UPM di samping untuk menimba pengalaman, pengetahuan dan berkongsi kepakaran berkaitan proses pelupusan Al-Quran.
Semoga hasil daripada kunjungan hormat ini, hubungan dua hala di antara Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Pusat Islam UPM akan terus berkekalan dan saling membantu dalam mencapai ke arah lebih baik.

Date of Input: 17/11/2023 | Updated: 17/11/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcQA4~