Kunjungan Mahabbah Sekretariat Rakan Siswa YADIM (RSY) UPM Ke RSY USIM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Kunjungan Mahabbah Sekretariat Rakan Siswa YADIM (RSY) UPM ke RSY USIM

Kunjungan Mahabbah Sekretariat Rakan Siswa YADIM (RSY) UPM ke RSY USIM

Nilai, 21 November - Sekretariat Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Putra Malaysia telah membuat kunjungan mahabbah ke RSY Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), semalam.

Kunjungan ini di ketuai oleh penasihat RSY UPM, Encik Zuhaimi bin Abdul Rahim merangkap Pengarah Pusat Islam UPM. Sekretariat dari UPM yang turut bersama seramai 20 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar UPM sendiri. Kunjungan di sambut oleh Penyelaras RSY USIM, En Muhamad Fitri Abdul Razak.

Tujuan kunjungan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan hala tuju sekretariat Rakan Siswa Yadim di Peringkat universiti.

Semoga dengan kunjungan ini dapat memberi kesan yang positif di antara pusat islam dan RSY dalam menegakkan syiar Islam di universiti.

Date of Input: 22/11/2023 | Updated: 22/11/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEbXA2~