LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN PUSAT ISLAM UPM DAN WAZAN UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN PUSAT ISLAM UPM DAN WAZAN UPM

LATIHAN PENCEGAHAN KEBAKARAN PUSAT ISLAM UPM DAN WAZAN UPM

UPM Serdang, 24 November - Pusat Islam Universiti, UPM bersama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM, telah mengadakan taklimat dan latihan pencegahan kebakaran melibatkan kawasan Pusat Islam Universiti, WAZAN UPM dan sekitar yang terlibat.
Latihan pencegahan kebakaran kali ini juga turut melibatkan Pejabat Masjid Qaryah Serdang (UPM) dan beberapa orang awam.
 
Latihan pencegahan kebakaran yang dikendalikan oleh beberapa orang pegawai Pusat Islam dan WAZAN UPM dan di selia oleh Encik Hasmi bin Sulaiman,Penyelaras Latihan Kebakaran UPM bagi latihan menyelamat dan latihan mencegah kebakaran. Semua aktiviti ini dijalankan di Tempat Berkumpul (AP2) Masjid UPM.
 
Semoga latihan pencegahan kebakaran pada kali ini dapat memberi input yang sangat berguna kepada semua warga Pusat Islam Universiti, UPM dan WAZAN UPM.

Date of Input: 24/11/2022 | Updated: 24/11/2022 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcEA3~