Lawatan Deligasi Pusat Islam UPM Ke Pusat Islam & Pembangunan Insan PIMPIN UniMAP, Perlis Dan Masjid Al-Busyra Merbok Kedah | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Lawatan Deligasi Pusat Islam UPM ke Pusat Islam & Pembangunan Insan PIMPIN UniMAP, Perlis dan Masjid Al-Busyra Merbok Kedah

Lawatan Deligasi Pusat Islam UPM ke Pusat Islam & Pembangunan Insan PIMPIN UniMAP, Perlis dan Masjid Al-Busyra Merbok Kedah

Serdang, 26 Jun- Lawatan deligasi Pusat Islam Universiti,Pusat Islam Universiti, UPM di ketuai oleh Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zuhaimi Abd Rahim dan beberapa pegawai dari Pusat Islam ke Perlis dan Merbok Kedah.
 
Lawatan pertama deligasi Pusat Islam adalah ke Pusat Islam & Pembangunan Insan PIMPIN UniMAP, Perlis. Disambut baik oleh penolong pendaftar kanan Encik Mohd Shabudin Mohd Noor. Perkongsian idea diantara dua Pusat Islam ini bertujuan meningkatkan lagi momentum perancangan Pusat Islam yang sedia ada serta memperkasakan skim hal ehwal Islam itu sendiri. Semoga jalinan ukhuwah ini terus erat dan percambahan idea terus berlangsung dari semasa ke semasa.
Lawatan kedua adalah ke Masjid Al-Busyra, Merbok. Masjid viral melalui platform Tiktok Imam/pengerusi masjid Ustaz Firdaus Mat Akhir di mana salah satu masjid lengkap dengan pelbagai fasaliti seperti dobi layan diri, premis mencuci kereta, gunting rambut, penjual kecil dan termasuk tandas bersih serta dianggap setanding dengan kawasan Rehat dan Rawat (RNR) di lebuh raya. Secara tidak langsung, sentiasa mengimarahkan masjid dengan menyediakan fasiliti yang baik bagi kemudahan jemaah sewaktu hadir menunaikan solat. Semoga lawatan ini bakal menjadikan Masjid Universiti Putra Malaysia sebagai Masjid lebih baik pada masa akan datang di samping mendapat sokongan pihak universiti dan JAHEIS.
Deligasi Pusat Islam juga telah melakukan lawatan terakhir ke Murtadha Dakwah Centre atau dikenali sebagai MADAD sebelum pulang ke Pusat Islam UPM. Lawatan ke MADAD yang terletak di Sungai Petani yang merupakan pada asalnya dikenali sebagai "Pusat Dakwah Darul Murtadha" diasaskan oleh Almarhum Ustaz Murtadha Yusof.

Date of Input: 26/06/2023 | Updated: 26/06/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcGAd~