LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT ISLAM UTEM KE PUSAT ISLAM UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT ISLAM UTEM KE PUSAT ISLAM UPM

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT ISLAM UTEM KE PUSAT ISLAM UPM

Serdang, 02 Februari - Pusat Islam Universiti,UPM telah menerima lawatan penanda aras oleh Pusat Islam Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) pada hari ini.
 
Delegasi yang mewakili Pusat Islam UTEM yang diketuai oleh Ybhg. Ustaz Muhammad Asyraf bin Sulaiman, Pengarah Pusat Islam UTEM. Bagi pihak Pusat Islam UPM di wakili oleh Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zuhaimi Abd Rahim dan juga beberapa pegawai Pusat Islam.
 
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara Pusat Islam UPM dan Pusat Islam UTEM di samping untuk menimba pengalaman, pengetahuan dan berkongsi kepakaran berkaitan hal ehwal tadbir urus kewangan Masjid Universiti.
Semoga hasil daripada kunjugan hormat ini, hubungan dua hala di antara Pusat Islam UTEM dan Pusat Islam UPM akan terus berkekalan dan saling membantu dalam mencapai ke arah masjid institusi yg lebih baik.

Date of Input: 05/02/2024 | Updated: 05/02/2024 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcHA1~