Lawatan Penandaaras EKSA Pusat Islam UPM Ke Pusat Jaminan Kualiti UPM | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Lawatan Penandaaras EKSA Pusat Islam UPM ke Pusat Jaminan Kualiti UPM

Lawatan Penandaaras EKSA Pusat Islam UPM ke Pusat Jaminan Kualiti UPM

Serdang, 28 November - Pusat Islam Universiti telah mengadakan Lawatan Penandaaras EKSA ke Pusat Jaminan Kualiti (CQA) UPM. Lawatan ini di sambut oleh staf Pusat Jaminan Kualiti yang di wakili oleh Puan Haslida Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA CQA. Manakala dari Pusat Islam Universiti di ketuai oleh Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zuhaimi Abd Rahim.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di Pusat Jaminan Kualiti UPM.
 
Program lawatan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Haslida Hassan dan seterusnya taklimat ringkas serta perkongsian pengalaman EKSA yang disampaikan oleh Puan Azarizam Ali, Penyelaras EKSA Pusat Jaminan Kualiti. Usai taklimat, rombongan dibawa melawat ke ruangan pejabat Pusat Jaminan Kualiti.
Semoga dengan lawatan ini, dapat membantu memberi aspirasi kepada Pusat Islam Universiti untuk terus komited dalam pelaksanaan EKSA bagi tahun 2024.

Date of Input: 28/11/2023 | Updated: 28/11/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEdAA6~