Musafir Hana Masjid UPM Kembali Lagi | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Musafir Hana Masjid UPM Kembali Lagi

Musafir Hana Masjid UPM Kembali Lagi

Serdang,1 Oktober - Sempena kemasukan pelajar baharu ke Universiti Putra Malaysia, Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Sahabat Masjid UPM, Persatuan Mahasiswa Islam UPM dan WAZAN UPM telah menganjurkan Program Musafir Hana Masjid UPM bermula 29 September sehingga 01 Oktober 2023.

Masjid UPM menyediakan platform untuk para musafir beriktikaf di masjid pada waktu malamnya di samping menyediakan jamuan (sarapan pagi,makan tengah hari dan minum malam) secara percuma dan kemudahan pengangkutan kepada musafir yang tidak mempunyai kenderaan untuk menghantar anaknya ke tempat pendaftaran sempena Hari Pendaftaran Pelajar Baharu UPM Sesi 2023/2024.

Antara objektif penganjuran “Musafir Hana” ini adalah membantu para ibu bapa dan pelajar yang datang dari jauh yang memerlukan bantuan untuk menguruskan pendaftaran pelajar baharu di UPM. Di samping itu, ianya dapat merapatkan ukhuwwah antara sukarelawan dengan para ibu bapa dan pelajar yang datang dari jauh untuk mendaftar kemasukan baru di UPM. Seramai lebih 15 keluarga telah bermalam di masjid UPM, 300 orang singgah untuk bersarapan pagi dan sekitar 600 untuk makan tengahari.

Program ini menjadikan Masjid UPM sebagai Pusat Perkhidmatan pembangunan ummah yang sentiasa relevan menerusi aktiviti pengimarahan masjid dan kesejahteraan komuniti. Sekaligus dapat mengimarahkan dan meningkatkan kapasiti Masjid UPM sebagai institusi pembangunan ummah dengan melibatkan penyertaan mahasiswa, staf dan masyarakat setempat.

Terima kasih di ucapkan kepada semua sukarelawan yang terlibat sepanjang Program Musafir Hana Masjid UPM 2023 berlangsung. Semoga dengan usaha semua akan dilimpahkan pahala dan keberkatan oleh Allah SWT.

 

Date of Input: 01/10/2023 | Updated: 01/10/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcQAY~