PROGRAM BAKTI MADANI@ MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » PROGRAM BAKTI MADANI@ MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PROGRAM BAKTI MADANI@ MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Serdang, 16 & 17 Disember - Masjid Universiti Putra Malaysia telah mendapat kunjungan pelajar-pelajar daripada Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar untuk mengadakan Program Bakti Madani @ Masjid UPM. Program ini melaksanakan dua projek iaitu Projek Freebook serta pakaian terpakai dan Projek Mesra Kubur 2023.

Projek Freebook telah diadakan pada hari Sabtu yang bertujuan untuk mengagihkan barangan-barangan terpakai kepada semua orang yang singgah di Masjid UPM. Sepanjang projek ini berlangsung, mereka juga menyediakan minuman dan aiskrim percuma kepada orang ramai.

Manakala, Projek Mesra Kubur ini pula bertujuan untuk membersihkan kawasan halaman kubur di UPM. Projek ini melibatkan pelajar-pelajar Pengurusan Masjid, Bakti Siswa UPM, Jawatankuasa Masjid Jamek Qaryah Serdang dan Sahabat Masjid. Projek ini bukan sahaja melibatkan pelajar yang muslim sahaja tetapi ia juga melibatkan pelajar bukan muslim juga.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang projek ini adalah membersihkan halaman kubur dengan membuang sisa-sisa buangan, menebas lalang dan rumput panjang serta mencantas lebihan daun pada pokok.

PIU dan Masjid UPM akan sentiasa menyokong dan mengalu-alukan program-program sebegini supaya dapat mengimarahkan lagi masjid selaras dengan moto Masjid UPM iaitu, 'Masjid UPM Masjid Bersama.'

Turut hadir bersama Ustaz Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM.

Date of Input: 27/12/2023 | Updated: 27/12/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcNAE~