Program Halal Food And Mosque Activities 2023 Menarik Minat Pelajar Antarabangsa Terhadap Sistem Institusi Masjid Dan Keunikan Makanan Malaysia | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Program Halal Food and Mosque Activities 2023 menarik minat pelajar antarabangsa terhadap sistem institusi masjid dan keunikan makanan Malaysia

Program Halal Food and Mosque Activities 2023 menarik minat pelajar antarabangsa terhadap sistem institusi masjid dan keunikan makanan Malaysia

Serdang, 14 Oktober - Persatuan Mahasiswa Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SBESA) dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA Pusat & MACMA Selangor), Pusat Islam UPM dan WAZAN UPM telah mengadakan program Halal Food and Mosque Activities (HFMA)2023 bertempat di Masjid UPM.

Tujuan Program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bukan Islam, muallaf dan juga pelajar Islam untuk memahami budaya Islam melalui ziarah masjid, konsep makanan halal, konsep pemakaian hijab dan penjelasan mengenai sistem institusi masjid di Malaysia.

Pelajar didedahkan dengan ceramah pengenalan yang di sampaikan oleh Ybhg. Profesor Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin di dewan Al-Khawirizmi,Pusat Islam UPM.

Turut hadir bersama Ustaz Zuhaimi Abd Rahim, Pengarah Pusat Islam UPM.

Date of Input: 17/10/2023 | Updated: 17/10/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEdBAZ~