SEMINAR I'JAZ AL-QURAN SINERGI AL-FALAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022 | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » SEMINAR I'JAZ AL-QURAN SINERGI AL-FALAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

SEMINAR I'JAZ AL-QURAN SINERGI AL-FALAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

Pusat Islam UPM, 10 November - Pusat Islam Universiti, UPM telah menganjurkan Seminar I'jaz Al-Quran Sinergi Al-Falah Peringkat Kebangsaan bertempat di Auditorium Hospital Pengajar UPM dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institut Pengajian Tinggi Malaysia, Pusat Pengurusan Wakaf Zakat dan Endowmen (WAZAN UPM), Drayyan Food Industry dan Jawatankuasa Masjid Jamek Qaryah Serdang (UPM).

Seminar ini melibatkan lebih daripada 250 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar universiti awam dan swasta dan juga peserta dari kalangan orang awam. Seminar ini berlangsung selama satu hari bermula 8.00 pagi dan selesai pada jam 5.00 petang.

Seminar ini menampilkan pembentang-pembentang yang dikenali ramai iaitu YB Senator Dato' Seri Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Prof Madya Mohd Sukki Othman, Pensyarah Kanan UPM, Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Al-Quran dan Al-Sunnah UKM, Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman, Pengarah Urusan Ibrah Paradigm Training & Consultancy dan Mohd Hazman Yani bin Ahmad atau Dai Hazman sebagai moderator forum.

Pusat Islam Universiti, UPM mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan seminar ini.

Date of Input: 11/11/2022 | Updated: 11/11/2022 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcGAK~