Port Dickson, 22 Oktober - Kelab Kebajikan,Sosial dan Rekreasi Pusat Islam (KKSR) telah menganjurkan Sinergi Mahabbah Pusat Islam yang bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan, semalam.
Program ini adalah pertama kali bagi tahun 2023 setelah sekian lama tidak dapat dijalankan disebabkan situasi Covid-19 pada tahun 2020-2021 yang menyekat segala aktiviti melibatkan orang ramai.
Semua staf seramai 23 orang menyertai program ini bersama keluarga masing-masing. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya sukan kategori kanak-kanak dan dewasa yang melibatkan semua keluarga. Program bertemakan busana melayu klasik dan retro melayu menaikkan lagi semangat staf dan keluarga untuk berpakaian seperti pendekar melayu dan orang-orang di zaman 70an.
Program sinergi yang di jalankan selama 2 hari 1 malam ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara staf dan juga keluarga di samping bersama-sama dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang.
Date of Input: 24/10/2023 | Updated: 24/10/2023 | asmunir
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum