Terima Kasih Masjid UPM Ringankan Beban Kami, Kongsi Ibu Bapa Pelajar Baharu | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» NEWS » Terima kasih Masjid UPM ringankan beban kami, kongsi ibu bapa pelajar baharu

Terima kasih Masjid UPM ringankan beban kami, kongsi ibu bapa pelajar baharu

SERDANG, 1 Okt- Ibu bapa pelajar baharu Universiti Putra Malaysia (UPM) mengucapkan terima kasih kepada masjid UPM kerana menyediakan penginapan dan makanan secara percuma.
 
Menurut Ibu pelajar, Tiborhana Alwi, 56 berkata penginapan yang disediakan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) ini sangat meringankan kewangannya bagi menghantar anaknya mendaftar hari ini.
"Kita tak payah dah bayar sewa hotel. Paling penting dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu ketika berehat di Masjid UPM.
"Lagi satu saya pilih menginap di masjid kerana mudah untuk menghantar anak ke kolej kediaman dan tidak perlu berkejar-kejar kerana kita sudah berada di dalam UPM, " katanya.
 
Masjid UPM menganjurkan Program Musafir Hana yang menjadikan Masjid UPM sebagai persinggahan sementara bagi pelajar dan keluarga dari perantauan untuk berehat dan tidur semalam pada 30 September hingga 1 Oktober.
Program itu bertujuan menyediakan penginapan sementara kepada bakal pelajar dan keluarga pelajar yang tiada tempat tinggal ketika pelajar datang mendaftar.
 
Bagi bapa pelajar, Jamal Ja'afar menyatakan kesyukurannya kerana UPM telah menyediakan penginapan dan makanan semasa beliau menginap di Masjid UPM.
"Kami datang daripada Batu Pahat, Johor dan tidak terlalu mengetahui selok belok di kawasan sekitar lagi- lagi pada musim pendaftaran pelajar baharu ini.
 
"Saya bersyukur kerana penginapan yang disediakan ini memudahkan urusan saya untuk menghantar ke kolej kediaman apabila menginap di Masjid UPM.
 
Sementara itu, bagi sukarelawan program Musafir Hana, Izadura Abdul Manan berkongsi pengalamannya yang gembira dapat berbakti kepada pelajar baharu dengan membantu urusan mereka dan ahli keluarga yang datang dari jauh.
 
"Saya rasa gembira apabila dapat melihat pelajar dan keluarga menginap di masjid UPM untuk berehat. Saya rasa terharu kerana dapat membantu memudahkan urusan para pelajar baharu bersama kelurga mereka," katanya.
 

Date of Input: 01/10/2023 | Updated: 01/10/2023 | asmunir

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEcCAs~