SOALAN
Assalammualaikum, Pihak veterinar dalam perancangan penetapan tanda pengenalan haiwan terhadap pelbagai jenis haiwan ternakan. Antara jenis-jenis tanda pengenalan ialah menggunakan tag telinga dengan cara menindik telinga (electronic or non-electronic) bagi tujuan penandaan. Proses tersebut tidak menyakitkan binatang. Namun timbul kerisauan kepada pihak penternak jika berlaku telinga koyak atau berlubang semasa atau sepanjang tag telinga berkenaan berada di telinga haiwan ternakan. Hal yang demikian dikatakan tidak sesuai dijadikan haiwan sembelihan korban. Mohon pencerahan S.S Mufti?
Ringkasan Jawapan:
Tebukan telinga haiwan lembu itu bagi tujuan penandaan nombor tidak menjejaskan implikasinya terhadap syarat sah haiwan sembelihan korban. Namun, dicadangkan pihak berkenaan agar menggunakan apa-apa kaedah yang boleh meminimumkan lubang tebukan dengan tindikan yang paling kecil dan halus seperti tindikan jarum anting -anting yang sangat halus sekadar ia mampu berfungsi sebagai penandaan
Huraian Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Pemilihan haiwan korban mestilah tiada cacat cela yang jelas ketara berdasarkan hadis sahih daripada al-Bara’ bin ‘Azib R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
أربعٌ لا تجوز٠ÙÙŠ الأضاØÙŠ العوراء٠البيّÙن٠عَوَرÙها والمريضة٠البيّÙن٠مرَضÙها والعرجاء٠البيّÙن٠ظَلَعÙها والكسيرة٠التي لا تÙنقÙÙŠ
Maksudnya: “Empat perkara yang tidak boleh ada pada haiwan korban ialah yang jelas buta matanya, yang ketara sakitnya, yang ketara tempang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya”.
Riwayat Abu Daud (2802)
Jenis-jenis Kecacatan Yang Menghalang Ibadah Korban
Para ulama bersepakat terhadap galakkan untuk memilih haiwan korban yang terbaik dan yang sempurna.
Al-Nawawi menjelaskan jenis-jenis kecacatan yang ketara pada binatang yang tidak menepati syarat-syarat korban. Antara syarat haiwan korban mestilah selamat daripada aib mahupun aib yang boleh mengurangkan dagingnya. Oleh yang demikian, tidak sah binatang sembelihan korban yang mempunyai ciri-ciri berikut :
Namun tidak terjejas yang sedikit aibnya seperti berikut :
Berdasarkan kenyataan di atas, haiwan korban yang tidak jelas ketara kecacatannya seperti koyak telinga dan tebukan telinga, masih sah dijadikan haiwan korban disebabkan hanya sedikit aib dan tidak mengurangkan daging.
Keputusan Fatwa Antrabangsa Haiwan Korban Yang DiTebuk/DiTindik Telinga
i. Darul Ifta’ Fatwa Jordan: Sah korban sekiranya terdapat koyak atau tebukan pada telinga haiwan kerana tidak berlaku sebarang pengurangan pada daging.
ii. Darul Ifta’ Mesir: Sah korban sekiranya terkoyak pada telinga haiwan yang tidak melebihi satu pertiga, ataupun berlaku tebukan yang tidak dianggap besar.
iii. Darul Ifta’ UAE: Harus melakukan korban pada haiwan yang terkoyak atau tertebuk pada telinganya kurang dari satu pertiga. Manakala makruh jika melebihi satu pertiga hingga separuh. Tidak sah korban sekiranya melebih dari separuh.
Berdasarkan amalan menebuk telinga haiwan di negara kita, masih dianggap kecacatan yang sedikit. Bahkan koyak telinga dan tebukan telinga merupakan aib yang sedikit dan tidak mengurangkan daging, maka sah untuk sembelihan haiwan korban.
Penutup
Setelah meneliti perbahasan fuqaha serta fatwa-fatwa Antarabangsa, haiwan sembelihan korban mestilah tiada kecacatan ketara seperti terputus telinga atau lebih teruk daripada itu. Bahkan aib telinga yang sedikit sama ada terkoyak atau berlubang pada telinga haiwan adalah sah di jadikan haiwan korban. Hal ini dapat disimpulkan kepada beberapa perkara berikut :
Oleh itu, tebukan telinga haiwan lembu itu bagi tujuan penandaan nombor tidak menjejaskan implikasinya terhadap syarat sah haiwan sembelihan korban. Bahkan tujuan tersebut atas alasan munasabah dan maslahah umum bagi mengawal penyakit haiwan daripada merebak selain untuk memudahkan mengenalpasti lembu yang di vaksin. Walau bagaimanapun, dicadangkan kepada pihak yang berkenaan agar menggunakan apa-apa kaedah yang boleh meminimumkan lubang tebukan dengan tindikan yang paling kecil dan halus seperti tindikan jarum anting -anting yang halus sekadar ia mampu berfungsi sebagai penandaan.
RUJUKAN :
Al-Nawawi, Yahya Ibn Syaraf, t.t, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim Ibn al-Hajjaj, Dar al-Ihya al-Turath al-‘Arabiy, Beirut, jld. 13, hlmn. 120
وَأَجْمَعÙوا عَلَى اسْتÙØْبَاب٠اسْتÙØْسَانÙهَا وَاخْتÙيَار٠أَكْمَلÙهَا وَأَجْمَعÙوا عَلَى أَنَّ الْعÙÙŠÙوبَ الْأَرْبَعَةَ الْمَذْكÙورَةَ ÙÙÙŠ ØَدÙيث٠الْبَرَاء٠وهو المرض والعج٠والعور والعرج
[2]Al-Nawawi, Yahya Ibn Syaraf, 2005, Minhaj al-Talibin wa ‘Umdah al-Muftin, Dar al-Fikr, Beirut, jld. 1, p:320
وشرطها سلامة من عيب ينقص Ù„Øما Ùلا تجزىء عجÙاء ومجنونة ومقطوعة بعض إذن وذات عرج وعور ومرض وجرب بين ولا يضر يسيرها ولا Ùقد قرون وكذا شق الإذن وخرقها ÙÙŠ الأصØ. قلت: الصØÙŠØ Ø§Ù„Ù…Ù†ØµÙˆØµ يضر يسير الجرب والله أعلم
الشاة مقطوعة الأذن لا ÙŠØµØ Ø§Ù„ØªØ¶Øية بها لنقصها، أما مثقوبة ومشقوقة الأذن ÙÙŠØµØ Ø§Ù„ØªØ¶Øية بها لعدم Øصول النقص.
الأنعام التى تجزئ ÙÙ‰ الأÙضْØÙيَّة وبها عيب ليس بÙاØØ´ هىكالآتى: الشرقاء وهى مشقوقة الأذن، وإن زاد الشق على الثلث، الخرقاء وهى مثقوبة الأذن.
ونصت الÙتوى على أن «ÙˆØ³Ù… الأضØية (ثقب الأذن) لأجل التعري٠أو الترقيم جائز شرعاً، وما كان Ø®ÙÙŠÙاً ولا يزيد على قطع ثلث الأذن لا يكره ولا يمنع جواز الأضØية، وما كان Ùوق الثلث إلى النص٠يجيز مع الكراهة، وما زاد على النص٠لا يجيز».
Date of Input: 15/06/2023 | Updated: 06/02/2024 | asmunir
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum