Halaqah Ilmiah : Fiqh Korban | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» ARCHIVE COLLECTION » Halaqah Ilmiah » Halaqah Ilmiah : Fiqh Korban

Halaqah Ilmiah : Fiqh Korban

FIQH KORBAN
(Ringkasan daripada Kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiyah)
• HUKUM KORBAN
- Sunat muakkad kepada individu yang merdeka, Muslim, baligh dan berkemampuan.
- Sunat kifayah jika lebih daripada seorang isi rumah melaksanakan ibadah korban. Namun pahala korban hanya akan diperoleh oleh orang yang melakukan korban.
- Tidak wajib kecuali bernazar.
• JENIS HAIWAN KORBAN
- Lembu
- Kerbau
- Unta
- Kambing
- Kibash
- Biri-biri
• KEUTAMAAN HAIWAN
- Jika individu: Unta kemudian lembu kemudian biri-biri kemudian kambing.
- Jika berkongsi: 7 ekor biri-biri lebih baik daripada 7 ekor kambing. 7 ekor kambing lebih baik daripada unta dan lembu.
• KEUTAMAAN WARNA
1) Putih
2) Kuning
3) Tompok hitam putih
4) Hitam
5) Merah
• SYARAT KORBAN
1) Haiwan korban mesti mencapai had umur.
- Unta: 5 tahun ke atas.
- Lembu, kerbau dan kambing: 2 tahun ke atas.
- Biri-biri dan kibas: 1 tahun ke atas atau telah gugur giginya walaupun belum cukup umur tetapi melebihi 6 bulan.
2) Haiwan korban mesti selamat daripada sebarang kecacatan.
- Kurus kering
- Gila
- Jelas buta walaupun sebelah mata
- Ketara tempang
- Tidak terpotong telinganya, lidahnya, kantung susunya, punggungnya dan apa jua yang terzahir pada anggota yang besar pada tubuhnya.
3) Niat sebelum atau semasa sembelih haiwan korban.

Updated:: 14/10/2024 [asmunir]

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
W, (11:59:24pm-12:04:24am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]