HUKUM MENYAKITI PASANGAN, ANAK ATAU PELAJAR UNTUK TUJUAN MENDIDIK | UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
» ARTICLE » HUKUM MENYAKITI PASANGAN, ANAK ATAU PELAJAR UNTUK TUJUAN MENDIDIK

HUKUM MENYAKITI PASANGAN, ANAK ATAU PELAJAR UNTUK TUJUAN MENDIDIK

KEPUTUSAN MESYUARAT 
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-34/2018
6 JANUARI 2018 / 18 RABIUL AKHIR 1439H
BIL. 2/34 TAHUN 2018
 
 
 
HUKUM MENYAKITI PASANGAN, ANAK ATAU PELAJAR UNTUK TUJUAN MENDIDIK
 
1. Menyakiti fizikal atau psikologi pasangan, anak mahupun pelajar dalam apa-apa bentuk secara zalim sekalipun untuk tujuan mendidik adalah diharamkan. 
 
2. Keizinan memukul untuk tujuan mendidik hanya boleh dilakukan dengan syarat tidak memberikan mudharat pada fizikal dan psikologi pihak yang dididik. Sabda Nabi SAW :
مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ،
وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
 
Maksudnya: “Perintahlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun. Pukullah mereka kerana itu ketika berumur 10 tahun dan pisahkan tempat tidur antara mereka (lelaki dan perempuan).” (Riwayat Abu Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud)
 
3. Memukul, menampar atau apa-apa tindakan kasar pada muka diharamkan sama sekali berdasarkan hadis Nabi SAW sekalipun dengan tujuan untuk mendidik atau bergurau. Baginda bersabda: 
إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِب الْوَجْهَ
 
Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu berkelahi dengan saudaranya, maka jauhilah (dari memukul) muka.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
4. Demikian juga memukul mana-mana bahagian anggota yang mudah mendatangkan kecederaan seperti kepala dan kemaluan adalah diharamkan. 
 
 
 
Diperakukan dalam Mesyuarat 
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis 
Bil. 1/2018 pada 13 Januari 2018
 
Dipetik dari : https://muftiperlis.gov.my/index.php/himpunan-fatwa-negeri/612-hukum-menyakiti-pasangan-anak-atau-pelajar-untuk-tujuan-mendidik

Date of Input: 07/02/2022 | Updated: 07/02/2022 | fahmi_mukhid

MEDIA SHARING

UNIVERSITY ISLAMIC CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXEaFA6~