Tajuk: Perbezaan Pada Susunan Wali Perkahwinan: Penilaian Semula Dan Penyelarasan | PUSAT ISLAM UNIVERSITI
» ARTIKEL » Tajuk: Perbezaan Pada Susunan Wali Perkahwinan: Penilaian Semula dan Penyelarasan

Tajuk: Perbezaan Pada Susunan Wali Perkahwinan: Penilaian Semula dan Penyelarasan

Berdasarkan kajian dan kertas yang dibentangkan, Muzakarah Jawatankuasa MKI Kali Ke-111 yang bersidang pada 8-10 November 2017 mendapati bahawa:

i.             Berdasarkan kepada pemerhatian terhadap susunan wali pernikahan yang diguna pakai oleh Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), terdapat tiga isu perbezaan pada susunan sesetengah wali, istilah yang digunakan, dan penetapan sesetengah wali dalam senarai.

ii.           Isu pertama ialah perbezaan dalam penetapan cucu saudara (anak lelaki kepada anak saudara lelaki) dalam senarai wali, di mana sesetengah pihak menyenaraikannya dalam satu kategori khas, manakala sesetengahnya pula tidak menyenaraikannya dalam satu kategori khas. Setelah membuat penelitian terhadap perbezaan tersebut, didapati bahawa perbezaan hanya timbul dari sudut perincian susunan wali sahaja dan tidak mengubah susunan wali sebagaimana yang sebenarnya.

iii.          Isu kedua ialah perbezaan antara negeri-negeri pada susunan antara datuk saudara dan sepupu. Setelah meneliti rujukan-rujukan muktabar dalam mazhab Syafie berhubung turutan susunan antara sepupu dan datuk saudara, didapati bahawa sepupu sepatutnya didahulukan daripada datuk saudara.

iv.          Isu ketiga ialah perbezaan antara negeri-negeri berkenaan kedudukan moyang saudara dalam susunan wali. Setelah meneliti rujukan-rujukan muktabar dalam mazhab Syafie berhubung kedudukan moyang saudara didapati bahawa susunan yang tepat ialah moyang saudara diletakkan selepas ketiadaan anak dan cucu kepada datuk saudara.

 

 4.1.4 Sehubungan dengan itu, Muzakarah bersetuju menerima cadangan susunan wali seperti berikut :

(1) Bapa الأب

(2) Datuk (bapa kepada bapa) dan ke atas Ø§Ù„جد أبو الأب

(3) Saudara lelaki seibu sebapa الأخ للأب والأم

(4) Saudara lelaki sebapa Ø§Ù„أخ للأب

(5) Anak saudara lelaki seibu sebapa ابن الأخ للأب والأم

(6) Anak saudara lelaki sebapa ابن الأخ للأب

(7) Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah ابن ابن الأخ للأب والأم

(8) Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa ke bawah ابن ابن الأخ للأب

(9) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa العم للأب والأم

(10)    Bapa saudara sebelah bapa sebapa العم للأب

(11)    Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa (sepupu) ابن العم للأب والأم

(12)    Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa (sepupu) Ø§Ø¨Ù† العم للأب

(13)    Anak sepupu seibu sebapa ke bawah ابن ابن العم للأب والأم

(14)    Anak sepupu sebapa ke bawah ابن ابن العم للأب

(15)    Bapa saudara bapa sebelah bapa seibu sebapa (datuk saudara) عم الأب للأب والأم

(16)    Bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa (datuk saudara) عم الأب للأب

(17)    Anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ابن عم الأب للأب والأم

(18)    Anak lelaki datuk saudara sebapa ابن عم الأب للأب

(19)    Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara seibu sebapa ke bawah ابن ابن عم الأب للأب والأم

(20)    Anak lelaki kepada anak lelaki datuk saudara sebapa ke bawah ابن ابن عم الأب للأب

(21)    Bapa saudara datuk seibu sebapa (moyang saudara) عم الجد للأب والأم

(22)    Bapa saudara datuk sebapa (moyang saudara) عم الجد للأب

(23)    Anak lelaki moyang saudara seibu sebapa ابن عم الجد للأب والأم

(24)    Anak lelaki moyang saudara sebapa ابن عم الجد للأب

(25)    Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara seibu sebapa ابن ابن عم الجد للأب والأم

(26)    Anak lelaki kepada anak lelaki moyang saudara sebapa Ø§Ø¨Ù† ابن عم الجد للأب

 

4.1.4 Muzakarah juga berpandangan cadangan susunan wali ini harus dirujuk dan tertakluk kepada enakmen pentadbiran undang-undang keluarga di negeri masing-masing .

Tarikh Input: 23/03/2022 | Kemaskini: 23/03/2022 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
SXETWAy~