Mafhum dari hadith di atas adalah, badal haji untuk si mati boleh ditunaikan sendiri oleh salah seorang daripada kalangan ahli waris si mati ataupun mengupah pihak ketiga.
Walaubagaimanapun, beberapa persoalan timbul jika badal haji tersebut diamanahkan kepada pihak ketiga untuk dilaksanakan.
Persoalan pertama ialah apakah syarat atau kelayakan yang perlu dipertimbangkan oleh ahli waris sebelum mewakilkan badal haji tersebut? Ahli waris perlu mengetahui syarat atau kelayakan pemilihan pihak ketiga bagi memastikan ibadah badal haji tersebut dilaksanakan oleh orang yang tepat.
Yang mana antara syarat mengerjakan badal haji ialah seorang individu dibolehkan untuk mengerjakan badal haji bagi seorang individu sahaja dalam satu tahun. Jika sesorang mengerjalan badal haji untuk beberapa individu, hukumya adalah tidak sah. Oleh itu, waris hendaklah lebih berhati-hati memilih individu atau syarikat agar amalan badal haji tersebut sah dan dilaksanakan dengan sebaiknya menurut rukun dan syaratnya.
Manakala persoalan kedua ialah berapakah pula upah yang patut diberikan kepada wakil yang dilantik tersebut? Dilema berkaitan kos perkhidmatan badal haji juga sering menghantui masyarakat dan ianya wajar diberi pertimbangan oleh ahli waris sebagai pemberi badal haji.