By Natirah Azira
Apabila seseorang menempuh suatu perjalanan yang jauh ke suatu tempat, melebihi dua marhalah atau 81 kilometer, ia dipanggil sebagai musafir.
Seperti yang telah ramai tahu, ada perkara-perkara sunat yang digalakkan untuk dilakukan contohnya solat sunat sebelum musafir serta memperbanyakkan doa dalam perjalanan.
Tapi, ada satu lagi amalan sunah yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat berkaitan musafir ini. Diceritakan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata:
Ketika kami pulang bersama Nabi SAW, Abu Talhah serta Safiyyah yang menunggang unta dan apabila kami menghampiri kota Madinah, Nabi SAW membaca:
Maksudnya: “Kami kembali dengan bertaubat, tetap beribadah dan selalu memuji Tuhan kami.”
Nabi SAW membaca doa tersebut sehinggalah kami tiba di Madinah. [Riwayat Muslim (1345)] [Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam bab doa apabila seseorang itu ingin bermusafir atau pulang]
Doa ini juga boleh dirujuk dalam kitab masyhur Imam al-Nawawi iaitu Al-Azkar. Malah Syeikh Muhyiddin al-Mistu mengulas bahawa doa ini disarankan untuk dibaca setibanya di kediaman bagi menzahirkan rasa syukur terhadap nikmat keselamatan yang Allah kurniakan.
Jadi, apa kata tambah lagi satu amalan sunnah yang mudah ini apabila kita melalui perjalanan jauh ke mana-mana. Dengan cara ini, semoga kita sentiasa mengingati nikmat Allah SWT walau di mana-mana. Wallahu’alam.
Tarikh Input: 30/03/2026 | Kemaskini: 30/03/2026 | asmunir

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum