Media sosial telah menjadi satu platform atau medium yang mudah digunakan serta mesra pengguna untuk sesiapa sahaja berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kepada pelbagai kategori pengguna yang mempunyai akses kepada internet.
Teknologi dan media menjadi sarana penting dalam menyebarluaskan maklumat dan mendidik masyarakat tentang isu-isu yang berkaitan sama ada daripada aspek ekonomi, politik dan agama.
Penggunaan media secara berterusan dapat memberi kesan kepada masyarakat, samada positif mahupun negatif.
Media sosial telah mendapat perhatian setiap peringkat umur dalam masyarakat seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju.
Golongan remaja khususnya melihat media sosial sebagai satu trend terkini bagi mengisi aktiviti pada waktu lapang di samping bersosial di alam maya.
Penggunaan media sosial yang meluas dapat memberikan manfaat dan pada masa yang sama ia juga boleh memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat.
Menurut Tariq & Mattoo mengklasifikasikan media sosial kepada empat kategori iaitu rangkaian talian dan ekosistem (online networks and ecosystem) seperti
Selain itu, penerbitan dalam talian (online publications) seperti
- YouTube
- Flickers
- RSS
- SlideShare
Terdapat juga kategori media sosial yang menjadi platform kolaborasi secara dalam talian (online collaboration platforms) seperti
- MediaWiki
- Blog
Kategori media sosial yang lain ialah sistem berasaskan maklum balas dalam talian (online-based feedback system) untuk tujuan interaksi, mengemukakan ulasan, kaji selidik dan lain-lain.






