عَنْ Ø¹ÙŽØ¨Ù’Ø¯ÙØ§Ù„لَّه٠رَضÙÙŠ اللَّه عَنْه قَالَ : خَطَّ النَّبÙيّ٠صَلَّى اللَّه عَلَيْه٠وَسَلَّمَ خَطًّا Ù…ÙØ±ÙŽØ¨Ù‘َعًا وَخَطَّ خَطًّا ÙÙÙŠ Ø§Ù„Ù’ÙˆÙŽØ³ÙŽØ·Ù Ø®ÙŽØ§Ø±ÙØ¬Ù‹Ø§ Ù…Ùنْه٠وَخَطَّ Ø®ÙØ·ÙŽØ·Ù‹Ø§ ØµÙØºÙŽØ§Ø±Ù‹Ø§ Ø¥ÙÙ„ÙŽÙ‰ هَذَا الَّذÙÙŠ ÙÙÙŠ الْوَسَط٠مÙنْ Ø¬ÙŽØ§Ù†ÙØ¨Ùه٠الَّذÙÙŠ ÙÙÙŠ الْوَسَط٠وَقَالَ هَذَا الْإÙنْسَان٠وَهَذَا أَجَلÙÙ‡Ù Ù…ÙØÙيطٌ بÙه٠أَوْ قَدْ Ø£ÙŽØÙŽØ§Ø·ÙŽ Ø¨Ùه٠وَهَذَا الَّذÙÙŠ Ù‡ÙÙˆÙŽ Ø®ÙŽØ§Ø±ÙØ¬ÙŒ Ø£ÙŽÙ…ÙŽÙ„Ùه٠وَهَذÙÙ‡Ù Ø§Ù„Ù’Ø®ÙØ·ÙŽØ·Ù Ø§Ù„ØµÙ‘ÙØºÙŽØ§Ø±Ù الْأَعْرَاض٠ÙÙŽØ¥Ùنْ أَخْطَأَه٠هَذَا نَهَشَه٠هَذَا ÙˆÙŽØ¥Ùنْ أَخْطَأَه٠هَذَا نَهَشَه٠هَذَا (رواه البخاري).
Shahih Bukhari 5938: Daripada Abdullah Radiallahu ‘anhu, dia berkata; “Nabi S.A.W pernah membuat suatu garis persegi empat, dan menggaris tengah dipersegi empat tersebut, dan satu garis di luar garis segi empat tersebut, serta membuat beberapa garis kecil pada sisi garis tengah dari tengah garis tersebut. Lalu beliau bersabda: ‘Ini adalah manusia dan ini adalah ajalnya yang telah mengitarinya atau yang mengelilinginya dan yang di luar ini adalah cita-citanya, sementara garis-garis kecil ini adalah rintangan-rintangannya, jika ia berbuat salah, maka ia akan terkena garis ini, jika berbuat salah lagi maka garis ini akan mengenainya.'”

Hadis ini masyhur sebagai hadis kotak. Secara amnya, manusia ini memiliki satu sifat; kita suka berimpian dan bercita-cita, “5 tahun lagi, 10 tahun lagi aku nak sekian-sekian”. Itulah sifat manusia. Panjang angan-angan, besar impian. Maka di sebalik itu, banyak juga perkara dan ujian yang perlu kita lalui untuk mencapai matlamat dan perancangan tersebut.
Namun yang demikian, ramai daripada kita yang alpa dan leka mengenai kotak – bahawa hidup manusia ini seakan dibatasi dengan kotak ajalnya sendiri.
Boleh jadi angan-angan kita sehingga 60 tahun, namun takdir kita Allah kotakkan hanya sehingga 29 tahun. Boleh jadi angan-angan kita sehingga 40 tahun, tetapi Allah kotakkan hidup kita hanya sehingga esok sahaja.
Meskipun begitu, adakah Allah menghalang kita sebagai manusia untuk bercita-cita dan mempunyai impian? Sama sekali tidak.
Cuma apa yang perlu diutamakan dalam perancangan hidup ini adalah bagaimanakah untuk ada persediaan bagi menyambut kematian kita? Bagaimanakah untuk ada keredaan sang Pencipta dalam kehidupan kita?
Sebab bila-bila masa sahaja Allah boleh kotak-kan hidup kita.
Tarikh Input: 13/11/2025 | Kemaskini: 13/11/2025 | asmunir

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum