Apabila raja Mesir menceritakan mimpinya kepada pembesar, mereka mengatakan mimpi raja itu mimpi karut (أَضغاث٠أَØÙ„امÙ). Tetapi apabila diceritakan kepada Nabi Yusuf yang mempunyai ilmu tentangnya, maka mimpi itu merupakan satu perkhabaran yang menyelamatkan masa depan rakyat Mesir. Oleh itu, untuk mentafsir mimpi, bukan sebarang orang boleh melakukannya. Beliau perlu mempunyai sifat dan kriteria khusus sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran:
- Telah mencapai darjat Muhsinin
Penafsir mimpi mestilah seorang yang amanah, jujur dan ikhlas. Ini adalah berdasarkan firman Allah tentang kisah 2 pemuda yang meminta Nabi Yusuf mentafsir mimpi mereka ;
Ø¥Ùنّا نَراكَ Ù…ÙÙ†ÙŽ Ø§Ù„Ù…ÙØØ³Ùنينَ
“kami dapati kamu (wahai Yusuf) dari golongan yang berbuat ihsan.” (Yusuf : 36)
- Bersifat benar
Penafsir mimpi mestilah seorang bersifat benar pada perbuatan, percakapan dan niat. Ini adalah berdasarkan firman Allah (tatkala raja Mesir berkata);
يوسÙÙ٠أَيّÙهَا Ø§Ù„ØµÙ‘ÙØ¯Ù‘يقÙ
“Wahai Yusuf seorang yang sangat benar (dalam segala urusan).” (Yusuf : 46)
- Meneliti dan Memahami keadaan seseorang yang minta tafsir mimpi
Penafsir mimpi mestilah seorang yang bijak dan teliti dalam memberikan tafsiran tentang sesuatu mimpi. Beliau tidak boleh secara semberono mentafsir mimpi tanpa mengetahui latar belakang seseorang atau suasana sekeliling. Ini adalah berdasarkan penggunaan perkataan “Ù†ÙŽØ¨Ù‘ÙØ¦Ù†Ø§” dalam ayat 36 surah Yusuf yang merujuk kepada 2 pemuda (rakyat biasa) yang bertanya tentang nasib diri mereka. Manakala perkataan yang digunakan oleh raja pula ialah “Ø£ÙŽÙØªÙنا” atau “berilah panduan (fatwa) kepada kami” dalam surah Yusuf ayat 46 merujuk kepada kedudukan raja yang bertindak untuk kemaslahatan rakyat.
Untuk menjelaskan perkara ini, kisah yang berlaku antara pentafsir mimpi yang paling mashyur dalam Islam ialah Sheikh Muhammad bin Sirin dan Sheikh Hasan Al-Basri adalah contoh yang baik. Suatu malam, Sheikh Hasan al-Basri bermimpi beliau berada di kandang haiwan dalam keadaan bertelanjang sambil memegang tongkat. Oleh kerana beliau ada sedikit konflik dengan Ibnu Sirin, maka beliau menyuruh muridnya bertanyakan apakah tafsir mimpinya kepada Ibnu Sirin. Setelah murid itu menceritakan mimpi itu, Ibnu Sirin terus berkata bahawa murid itu tidak layak memperolehi mimpi sebegitu. Beliau lantas menyuruh murid agar memberitahu tuan punya mimpi itu untuk datang sendiri bertemu dengannya. Akhirnya, Sheikh Hasan al-Basri terpaksa datang dan menceritakan mimpinya. Ibnu Sirin menafsirkan bahawa kandang haiwan itu adalah merujuk kepada dunia yang kotor, keadaan telanjang itu pula merujuk kepada Sheikh Hasan yang telah membuang segala keinginan terhadap dunia yang kotor, manakala tongkat itu pula sebagai tanda bahawa Sheikh Hasan merupakan penunjuk jalan benar dan penyelamat umat. Ibnu Sirin menyatakan tiada orang yang layak mendapat mimpi sedemikian melainkan orang yang soleh seperti Hasan al-Basri.
- Tafsir mimpi perlu selari dengan Al-Quran atau Al-Hadis
Allah SWT berfirman:
ÙÙŽØ¥ÙÙ† تَنازَعتÙÙ… ÙÙŠ شَيء٠ÙÙŽØ±ÙØ¯Ù‘وه٠إÙÙ„ÙŽÙ‰ اللَّه٠وَالرَّسول٠إÙÙ† ÙƒÙنتÙÙ… ØªÙØ¤Ù…Ùنونَ Ø¨ÙØ§Ù„Ù„Ù‘ÙŽÙ‡Ù ÙˆÙŽØ§Ù„ÙŠÙŽÙˆÙ…Ù Ø§Ù„Ø¢Ø®ÙØ±Ù Ûš ذٰلÙÙƒÙŽ خَيرٌ ÙˆÙŽØ£ÙŽØØ³ÙŽÙ†Ù تَأويلًا
“Sekiranya kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan mengandungi panduan yang terbaik.” (An-Nisa’ : 59)
Dalam menafsir mimpi, sebaik-baik rujukan ialah al-Quran dan hadis Nabi SAW. Ini antara perkara yang dilakukan oleh Sheikh Ibnu Sirin. Suatu hari, beliau telah didatangi oleh 2 orang lelaki yang bermimpi perkara yang sama iaitu mereka mendengar suara azan. Ibnu Sirin menyatakan bahawa lelaki pertama itu bakal menunaikan ibadah Haji manakala lelaki kedua itu akan difitnah sebagai pencuri. Setelah keduanya beredar, murid-muridnya bertanya kenapa mimpi sama tapi tafsirnya berbeza. Maka Ibnu Sirin menyatakan bahawa lelaki pertama adalah seorang yang soleh dan berakhlak baik. Maka sesuai keadaannya dengan mimpinya dengan firman Allah SWT :
وَأَذّÙÙ† ÙÙÙŠ Ø§Ù„Ù†Ù‘Ø§Ø³Ù Ø¨ÙØ§Ù„ØÙŽØ¬Ù‘٠يَأتوكَ Ø±ÙØ¬Ø§Ù„ًا
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki…” (Al-hajj :27)
Manakala lelaki kedua pula seorang yang fasik dan berakhlak buruk. Maka sesuai keadaannya dengan mimpinya berdasarkan firman Allah SWT ;
Ø«Ùمَّ أَذَّنَ Ù…ÙØ¤ÙŽØ°Ù‘ÙÙ†ÙŒ أَيَّتÙهَا العير٠إÙنَّكÙÙ… لَسارÙقونَ
Kemudian menyeru seorang penyeru:” Wahai orang-orang kafilah ini, sesungguhnya kamu adalah pencuri “. (Yusuf : 70)