Sulh adalah konsep penyelesaian pertikaian dalam Islam yang menggalakkan keamanan dan keharmonian (Mohammad Nor Anwar Mohd Sabri, Nor ‘Adha Ab Hamid, 2021). Ia adalah satu bentuk perdamaian dan penyelesaian yang dianggap sebagai bentuk resolusi terbaik dalam Al-Quran (Arifin, M.A., Hashim, S., Abdul Rashid, K., 2022).
Firman Allah dalam dalam ayat al-Quran surah Al-Hujurat:
“Dan jika dua golongan dari orang-orang mukmin berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; tetapi jika salah seorang daripada mereka berlaku zalim terhadap yang lain, maka perangilah yang zalim itu sehingga ia kembali kepada perintah Allah; kemudian jika ia kembali, damaikanlah antara mereka dengan adil dan berlaku adillah; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(al-Quran, 49:9)
Menurut Nor’Adha Abdul Hamid & Mohamad Hafifi Hassim et.al (2019) pula, Sulh diamalkan dalam pelbagai bidang, termasuk pertikaian perkahwinan, perselisihan kontrak, dan konflik keluarga. Ia merupakan kaedah yang cekap yang menawarkan situasi menang-menang untuk semua pihak yang terlibat. Islam mendorong amalan sulh dan menekankan pentingnya mencari keamanan dan mengelakkan pertikaian.









