Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, diikuti dengan Perjanjian Malaysia tidak pernah bermaksudkan penyerahan dan pelupusan kedaulatan (ceding of sovereignty) raja-raja Melayu seperti yang didakwa GK Ganeson, yang disiarkan dalam lawan sesawang bernama Paradox. Sebaliknya kedaulatan DYMM Sultan Selangor dan raja-raja Melayu lain kekal berdaulat seperti termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing malah dinyatakan dalam Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 181(1) yang berbunyi:
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidangkuasa Raja-Raja, dan prerogatif, kuasa dan bidangkuasa Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di dalam wilayah masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati sehingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.
Dakwaan GK Ganeson amat serius kerana telah memutarbelitkan sejarah perundangan dan undang-undang negara untuk menafikan kedaulatan raja-raja Melayu yang dijamin oleh undang-undang perlembagaan.
Kedudukan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan dan jaminan kedaulatan raja-raja Melayu oleh Perlembagaan Persekutuan merupakan satu aspek yang penting dalam pentafsiran struktur asas Perlembagaan Persekutuan.
Jika sekiranya diteliti kaedah pentafsiran perlembagaan oleh Mahkamah Agung Kanada yang diterima pakai dalam kes Indira Gandhi A/P. Mutho lwn Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors dan rayuan lain, pentafsiran mengikut sejarah, undang-undang dan konteks tempatan adalah satu syarat manakala federalisme diakui sebagai salah satu contoh struktur asas perlembagaan.
[1] The constitution implements a structure of government and must be understood by reference to the constitutional text itself, the historical context, and previous judicial interpretations of constitutional meaning…. The rules of constitutional interpretation require that constitutional documents be interpreted in a broad and purposive manner and placed in their proper linguistic, philosophic, and historical contexts… Generally, a constitutional interpretation must be informed by the foundational principles of the constitution, which include principles such as federalism, democracy, the protection of minorities, as well as constitutionalism and the rule of law ….
These rules and principles of interpretation have led this Court to conclude that the Constitution should be viewed as having an ‘internal architecture’, or ‘basic constitutional structure’ … The notion of architecture expresses the principles that the individual elements of the Constitutional are linked to the others, and must be interpreted by reference to the structure of the Constitution as a whole’ … In other words, the Constitution must be interpreted to discern the structure of government that it seeks to implement. The assumptions that underlie the text and the manner in our interpretation understanding and application of the text.
[2] [2018] MLJU 69