Islam adalah agama yang prihatin dan menyayangi anak yatim. Ini terpancar melalui qudwah hasanah (contoh teladan yang baik) oleh Baginda Rasulullah SAW apabila Baginda menyantuni anak-anak yatim dengan penuh kasih sayang dan ihsan.
Ini kerana, Baginda juga yang pernah membesar sebagai anak yatim amat memahami psikologi dan perasaan yang bermain dalam minda anak yatim. Dalam tradisi ilmuwan Islam, perbahasan berkaitan anak yatim merupakan antara perbahasan yang penting yang meliputi soal adab, akhlak, muamalah, fiqh dan lain-lain.
Tambahan pula, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Ju’fiy al-Bukhari atau lebih dikenali sebagai Imam Bukhari (256H) turut menamakan satu sub topik dalam karyanya ‘al-Adab al-Mufrad’ (Adab Semata-mata) dengan judul ‘كتاب الْكَرَم٠وَ يَتÙيمٌ’ (Kitab al-Karami wa Yatimun) yang bermaksud ‘Kitab tentang sikap pemurah dan anak yatim.
Di dalam sub topik tersebut, Imam Bukhari telah membahagikan kepada 9 tajuk kecil yang menghimpunkan hadis-hadis bersikap pemurah dan bersikap kebapaan kepada anak yatim, menyayangi, memberi makan dan mendisiplinkan anak yatim serta pemberdayaan anak yatim.
DALIL AL-QURAN DAN HADIS BERKENAAN GALAKAN MENYANTUNI ANAK YATIM







