Dalam era digital hari ini, media sosial telah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita. Ia telah merevolusikan cara kita berhubung, berkomunikasi, dan berkongsi maklumat.
Dengan berbilion pengguna di seluruh dunia, platform seperti Facebook, Instagram, X, dan TikTok telah mewujudkan sebuah perkampungan global di mana orang dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan satu butang klik sahaja. Walau bagaimanapun, di sebalik platform komunikasi yang lancar dan medium maklumat yang sangat bermanfaat, terdapat sisi gelap yang ramai orang tidak sedari.
Salah satu kebimbangan ialah, buli siber. Ia telah menjadi fenomena yang serius di kalangan belia di media sosial. Mereka sering menjadi mangsa ejekan, hina dan diancam dalam talian oleh rakan sebaya atau individu yang tidak dikenali.
Rasa malu, resah, dan depresi adalah beberapa kesan yang selalu timbul akibat dari ancaman buli siber ini. Tambahan pula, kesan jangka panjang dari dibuli termasuk kehilangan keyakinan diri, kurangnya motivasi untuk berinteraksi sosial, dan dalam kes-kes serius, niat untuk mengambil tindakan drastik seperti membunuh diri.
Oleh itu, adalah penting mengambil langkah-langkah yang berpatutan untuk mencegahnya serta memberikan sokongan kepada mangsa yang terlibat.










