Justeru itu, sebaiknya kita hendaklah mengambil peluang ketika bersama ahli keluarga untuk menghidupkan malam raya Aidilfitri dengan laungan takbir raya walau seketika.
Kita barangkali terlupa bahawasanya bergembira pada malam raya dengan memuja dan memuji kebesaran Ilahi dan bertakbir merupakan dua perkara yang digalakkan selain daripada mengeluarkan zakat fitrah:
- Menghidupkan malam raya dengan berqiamullail. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Abu Umamah, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْعÙÙŠØ¯Ù Ù…ÙØÙ’ØªÙŽØ³ÙØ¨Ù‹Ø§ لَمْ ÙŠÙŽÙ…ÙØªÙ’ قَلْبÙه٠يَومَ تَمÙوت٠الْقÙÙ„ÙوبÙ
Maksudnya: “Siapa yang mendirikan malam raya dengan penuh penghisaban, nescaya tiada mati hatinya pada hari matinya segala hati.”
Riwayat Ibn Majah
- Bertakbir pada malam raya dan pagi hari raya sehingga solat raya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
زَيَّنÙوْا أَعْيَادَكÙمْ Ø¨ÙØ§Ù„تَّكْبÙيرÙ
Maksudnya: “Hiasilah hari raya kamu dengan bertakbir.”
Riwayat al-Tabarani
Selain itu, sinonim dengan masyarakat Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisi dihidangkan di pagi raya mahupun rumah terbuka.
Perkara ini tidak salah namun sikap kita yang seakan membalas dendam dengan makan apa sahaja makanan dalam kuantiti yang melampau adalah merupakan bentuk kesyukuran yang tercemar.
Sebulan puasa menahan lapar dan dahaga, mengenang kesusahan golongan yang tidak bernasib baik dan akhirnya kalah dengan nafsu makan yang melampau di hari raya yang mulia.
Berpada-padalah kerana sesungguhnya berlebihan dalam makanan adalah salah satu perkara yang tidak dianjurkan oleh Syara’.
Seterusnya dalam kita merayakan Aidilfitri, maka janganlah kita lupa akan batasan-batasan pergaulan dalam Islam.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah menundukkan pandangan daripada melihat perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
Tidak dilupakan bahawa pastinya ramai akan menggayakan busana raya masing-masing namun mestilah diingatkan agar tidak mengenakan fesyen yang disangka sudah menutup aurat tetapi hakikatnya tidak.
Umpama memakai pakaian yang ketat sehingga menonjolkan bentuk tubuh atau pakaian yang jarang sehingga menampakkan warna kulit walaupun memakai tudung.
Oleh itu, marilah kita kembali kepada konsep sebenar menutup aurat sepertimana yang telah digariskan dalam Islam.
Sebenarnya pergaulan antara lelaki dan perempuan sering berlaku dalam kehidupan seharian kita malah tidak terkecuali berlaku dalam suasana hari raya.
Justeru itu, kita sebagai umat Islam perlu ambil tahu dan akur akan batasan dan adab-adab yang telah ditetapkan dalam Islam dalam pergaulan antara mahram dan bukan mahram.
Islam tidak melarang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya antara sesama lelaki dan perempuan tetapi bukanlah sehingga berlakunya persentuhan dan gurauan berbentuk fizikal antara lelaki dan perempuan yang tidak sepatutnya.
Perkara ini perlu dijaga bagi mengelakkan fitnah dan meninggikan syiar Islam.
Disamping itu, antara perkara yang dinanti-nanti di hari raya adalah aktiviti kunjung-mengunjung sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai yang sudah lama tidak bersua muka bagi merapatkan kembali ikatan ukhuwah.