Satu Syawal adalah anugerah Allah s.w.t kepada umat Islam dan ianya adalah suatu kemenangan kerana kejayaan melaksanakan tuntutan agama yang terkandung dalam Rukun Islam yang lima.
Sesungguhnya ibadah puasa di bulan Ramadhan ini amat besar ganjaran pahalanya, sehingga ia diriwayatkan dalam hadis qudsi:
“Semua amalan anak Adam adalah baginya kecuali berpuasa, ia hanya untuk Aku dan Aku menganugerahkan kepadanya dengan sebab puasanya itu.”
(HR Bukhari dan Muslim)








