Maksudnya :
“Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun
dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan
seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu
sambaran api.” [HR:TIRMIZI]
[Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]
Hadis ini memberikan isyarat kepada umat Islam agar menyedari hakikat yang sedang meraka lalui. Bukti – bukti yang disebutkan di dalam hadis tersebut telah dapat disaksikan dan disahkan melalui deria pancaindera yang ada. Masa bagi menyelesaikan sesuatu aktiviti semakin pantas. Begitulah fungsi media massa dicipta.
Perkembangan teknologi informasi membawa sebuah perubahan dalam masyarakat. Lahirnya media sosial menjadikan pola perilaku dan pemikiran masyarakat mengalami proses perubahan budaya, etika dan norma yang ada.
Di dalam Harakah Daily bertarikh 12 Mei 2024, statistik menunjukkan setakat Oktober 2023, 4.95 billion manusia menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian, dengan purata setiap orang menggunakan 6.7 platform media sosial setiap bulan.
Tidak dinafikan bahawa penggunaan media sosial yang meluas membawa pelbagai manfaat, namun kesan negatif yang ditinggalkan juga amat memmbimbangkan masyarakat Islam di negara ini secara khusus dan dunia Islam secara umumnya.