
Serdang, Mac 2026 – Tradisi memasak bubur lambuk sepanjang Ramadan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi berlangsung dengan penuh semangat kebersamaan. Program tahunan ini disertai oleh beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM, yang bergilir-gilir mengambil bahagian dalam penyediaan bubur lambuk untuk warga kampus dan masyarakat sekitar.

Program dijalankan setiap hari Selasa dan Khamis, bermula seawal 8.00 pagi dengan aktiviti memasak secara bergotong-royong. Suasana penuh muhibah dapat dirasai apabila staf dan pelajar berganding bahu menyediakan bubur lambuk, sebelum diagihkan secara pandulalu di hadapan Pusat Islam UPM.
Agihan bubur lambuk ini bukan sahaja dinikmati oleh orang awam, staf, dan pelajar UPM, malah menjadi simbol penyatuan dan semangat memberi dalam bulan penuh keberkatan. Kehadiran ramai sukarelawan daripada pelbagai PTJ menunjukkan komitmen universiti dalam memupuk budaya prihatin dan kerjasama.
Program bubur lambuk Ramadan ini telah menjadi agenda tahunan UPM, yang sentiasa dinanti-nantikan oleh warga kampus dan komuniti setempat.
Pusat Islam UPM berharap agar program ini dapat diteruskan dengan lebih meriah pada tahun-tahun mendatang, dengan penyertaan lebih ramai PTJ dan sukarelawan. Diharapkan juga agar tradisi ini terus menjadi wadah memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan semangat Ramadan, serta memperluas manfaat kepada masyarakat.
Tarikh Input: 30/03/2026 | Kemaskini: 30/03/2026 | asmunir

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum