Bengkel Canva UPM: Kreativiti Digital Dalam Sentuhan Islami | PUSAT ISLAM UNIVERSITI pic
» BERITA » Bengkel Canva UPM: Kreativiti Digital Dalam Sentuhan Islami

Bengkel Canva UPM: Kreativiti Digital Dalam Sentuhan Islami

 
Serdang, Jun 2025 - Seramai 30 peserta telah menyertai Bengkel Creative Canva yang berlangsung pada 14 Jun 2025 bertempat di Al-Biruni Smart Space, Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM). Bengkel ini dianjurkan oleh Seksyen Dakwah dan Pembangunan Insan, Pusat Islam UPM dan dikendalikan oleh Exco Media dan Publisiti Rakan Siswa YADIM (RSY) UPM, Nurfiza Nina.
 
Bengkel ini merupakan salah satu aktiviti menarik sempena Hari Terbuka Masjid UPM 2025, bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk menguasai kemahiran reka bentuk grafik menggunakan Canva, termasuk cara menghasilkan bahan promosi yang kreatif dan menarik. Suasana bengkel berlangsung dengan interaktif, di mana peserta berpeluang mencuba sendiri teknik yang dipelajari serta mendapatkan bimbingan secara langsung daripada penceramah.
 
Bengkel ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan memberikan manfaat besar kepada peserta dalam memperkaya kemahiran reka bentuk digital mereka. Pihak penganjur berharap program sebegini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai individu yang mahir dalam bidang kreatif.

Tarikh Input: 03/07/2025 | Kemaskini: 03/07/2025 | asmunir

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT ISLAM UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698588
0397693640
W, (11:11:06am-11:16:06am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]