
Serdang, 19 Julai 2025 – Bengkel "Terokai Khasiat Pandan (Formulasi Detergen Pandan)" telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini merupakan inisiatif pendidikan berteraskan inovasi hijau, menggabungkan elemen sains dan kelestarian gaya hidup semasa.
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM, dengan kerjasama Pusat Islam Universiti, UPM dan Jawatankuasa Kariah Masjid UPM, sebagai satu usaha memperkukuh hubungan antara sains dan komuniti.
Seramai 28 orang peserta telah mendaftar dan menyertai program ini, menunjukkan minat yang tinggi terhadap aplikasi pandan sebagai bahan asas dalam produk penjagaan rumah yang lebih selamat dan mesra alam.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Prof Madya Dr. Uswatun Hasanah Zaidan, selaku Ketua Projek bersama pasukan beliau dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Bengkel memberi tumpuan khusus kepada proses formulasi detergen pandan, termasuk perkongsian teknik saintifik, bahan-bahan yang sesuai, dan potensi produk untuk kegunaan kendiri serta komuniti.
Program ini diharap dapat membuka ruang kepada peserta untuk meneroka kaedah lestari dalam kehidupan seharian, sambil memanfaatkan sumber alam dengan cara yang inovatif dan beretika.
Tarikh Input: 21/07/2025 | Kemaskini: 21/07/2025 | asmunir

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
43400 UPM SERDANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Buka - Isnin-Jumaat
Tutup - Sabtu, Ahad dan Cuti Umum